Friday, July 29, 2011

De Campak-campak Nasi Goreng

Nasi goreng campak-campak ikut bahan-bahan yg ada kat dapur.

Thursday, July 28, 2011

Sour Cherry Tea

Dah hampir seminggu tuan rumah duk hidang tetamu dengan Calzone, ari ni baru tuan rumah nak hidangkan teh turki. Hehehe baru ler lengkap hidangannya ala-ala Turki gitu. Sour cherry tea.. last stock tea yg my partner bawa balik from Turki.

Sekali pandang tak mcm rupa teh. 
Nampak macam air ceri tapi bila minum baru ada rasa tehnya.


Friday, July 22, 2011

Calzone ala Turki

Our dinner malam tadi Calzone ala Turki. Kenkonon nak buat roti lain tapi Calzone pulak jadinya.. gara-gara tersinggah kat dapur Noorsha. Apapun tak nyesal.. memang sodap roti ni.

Tuan rumah tak sempat nak snap gambo banyak-banyak.. lapoorrr . Kenkonon nak makan roti ni dengan teh turki yg my hb bawa balik time dia pi conference kat turki tahun lepas.. tapi lupa daa ..



Nih kita tempek resipi yg kita angkut dari rumah noorsya. Thanks ye noorsya. Tapi ada beberapa benda yg terpaksa diubahsuai.. Tadi plan asalnya nak buat roti lain.. water roux pun dah buat. So kita guna ler water roux gak dlm resipi ni.. Malas dah nak simpan.
RESIPI CALZONE ALA TURKI
Resipi Asal : Chef Wan
Sumber &  Olahan :  Mat Gebu, noorsya



BAHAN UNTUK DOH (KULIT) :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air1 sb mayonis - Noorsha tambahSedikit tepung untuk ditabur
(180g [ air + water roux] )

BAHAN INTI AYAM :-)
1 cawan isi ayam yang dicencang halus - Noorsha guna 3 keping daging burger Ramly - kita guna isi ayam
1 biji bawang besar, didadu halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 inci halia, tumbuk halus
1/2 camca besar cili kisar ( x letak.. abih stok daa)
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca besar sos tomato ( abih stok gak.. ganti dgn 1 biji tomato-potongg dadu)
2 pokok daun bawang, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
5 batang cili padi - diketuk (Noorsha tambah - kita tambah gak)
1/4 batang carrot - hiris halus (Noorsha tambah -kita tambah gak)
Daun salad secukupnya (Noorsha tambah - kita tambah gak)
Cheddar cheese @ slice Cheese secukupnya (Noorsha tambah - takde stok, ganti dgn parmesan cheese)
Sedikit air


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH (KULIT) :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK INTI AYAM :-Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam @ daging burger cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
  3. UNTUK CALZONE ALA TURKI :- Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bagi pada 4 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper. Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti. Letak daun salad,  1/4 bahagian inti ayam, dan cheese, kemudian lipat dua dan tekan2 hujungnya biar bercantum. Kemudian kelim seperti membuat karipap ... Buat hingga siap pada baki adunan.
  4. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu (Noorsha gunting sket permukaan calzone). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan..


Tuesday, July 19, 2011

Puding orange jelly

Angin dari Terengganu bertiup sampai ke sini daaa... Semalam sempat melompat dari blog ke blog kenkawan.. dalam lompat-lompat tu terjatuh chenta dgn Puding Jelly Oren... dan inilah hasilnya..  Warna tak berapa menarik mcm yang kak nor punya. Kaler kuning takde.. makcik ganti dgn sunquick. Takdan nak mengkopi & pes.. so sape nak resipi bulih gi angkut kat sini atau sini








Saturday, July 16, 2011

Roti cicah kari

Meh ler layan roti cicah kari.. adeih bizi sungguh minggu ni..  nak gomol-gomol dak tecik pun tak sempat. Nak meroti pun tak sempat.. seminggu tak meroti macam pelik benor ler..  almaklum ler depa kat rumah ni suka makan roti nak nak si anak dara tu.  tak peliklah kalo kat rumah ni 2kg tepung roti bulih abih dlm seminggu ja...


Kalo roti cecah kari cenggini selalu buat tak buh telur.. ngeh 3x kenkonon nak kurangkan kalori ler katakan. Tapi bila tanya depa ni.. depa kata takde beza pun.. tak letak telur pun tetap lembut.

Bahan-bahan :
  • 200g (air + water roux)
  • 300g tepung roti
  • 35g mentega
  • 35g gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan ikut turutan dari atas ke bawah ke dalam BM. Pilih setting doh.
  2. Taburkan sedikit tepung ke atas papan canai. Keluarkan roti dari BM. Uli sekejap. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Buat bentuk bulat2. Susun dalam loyang.
  3. Biarkan dia mengembang 2 kali ganda. 
  4. Bakar roti selama 12 minit pada suhu 180 degree. Bila dah siap bakar, bagi dia rehat jap dalam oven.. biar kaler dia perang-perang sket sebelum dikeluarkan.
water roux : 1 sudu besar tepung gandum + 5 sudu besar air. Masak dgn microwave selama 45 saat. Setiap 15 saat bawa keluar dan kacau. Ulang sampai pekat.

    loti..loti ... sape nak loti meh ler


    our dinner mlm tadi... angkat periuk ja letak atas meja.. sonang
    takyah nak cuci pinggan mangkuk banyak2 ;p

    Friday, July 8, 2011

    Kerabu ikan tongkol

    Bizi..bizi.. bizi.. takdan nak membebel. Masak pun simple je hari ni.. Kerabu ikan tongkol. Resipi dah pernah tempek sebelum ni.. ambik kat Myr. kalo tengok betui betui gambo ni nampak sangat ler berselerak atas kitchen bar makcik tu... :p

    Wednesday, July 6, 2011

    Soft french bread


    Bahan-bahan:
    • 300g tepung roti
    • 190g (air + water roux)
    • 1 sudu besar gula
    • 1 sudu kecil garam
    • 1 sudu kecil dry yeast
    water roux : 1 sudu besar tepung gandum + 5 sudu besar air. Campur tepung dgn air. Masukkan dlm microwave. Panas selama 15 saat. Bawa keluar dan kacau. Ulang sehingga pekat.

    Cara-cara:
    1. Tak sempat nak tulis detail caranya.. cara2nya sama  gak mcm roti lain.  Guna semua water roux yg dihasilkan dari 1 sudu tepung. Campurkan dgn air biar jadi 190g

    CHICKEN CORN SOUP

    CHICKEN CORN SOUP....Vermont Street Style :) . CnP resipi dari dapur Deliah's Deli. Pagi semalam my kids request garlic bread for dinner. Nampak je resipi ni terus terfikir nak masak utk kids makan dengan garlic bread tu. Tapi ada yg perlu diedit ikut apa yg ada kat dapur nun. Apa pun terima kasih Del untuk resipi yg sedap ni. My family kata sedap.. ada kelainan dari sup yg biasa dibuat sebelum ni.


    CHICKEN CORN SOUP....Vermont Street Style :)

    Ingredients:-
    • 3 tbsp peanut oil ( ganti dgn butter)
    • 3 crushed garlics
    • 1000ml water
    • 2 chicken breast - finely minced
    • 1 can of corn kernel - blend to get a smoother texture
    • 2 eggs smoothly beaten
    • a cup of home made chicken stock ( hat ni guna chicken stock maggie)
    • a pinch of salt

    Directions
    1. Heat oil and add garlic. Fry until golden brown. Add in water and bring to a boil. Add minced chicken and corn. Let it simmer. 
    2. Then, add eggs and stir continuously counter clockwise and then rotating the cycle. Add the chicken stock. Salt to taste. Garnish with spring onion. Serve hot. You may enjoy it with wholemeal bread. :)

    Tuesday, July 5, 2011

    Tuna Roll

    Simple bekfes utk pagi ni ... TUNA ROLL

      

    Hujung minggu lepas, masa explore bahagian fozen kat Econsave tu ternampak all purpose pastry  jenama KAWAN yg saiz besar. Apalagi sambarlah sepeket... walaupun masa tu tak tahu nak buat apa pun dgn pastry ni. Kalau ikut my anak tekak all purpose pastry ni lagi sedap berbanding dgn puff pastry.. rasanya tak cepat muak.. dia seakan-akan paratha sket. Tapi takde ler betul-betul sama dgn paratha.

    Tuna Roll

    Bahan-bahan:
    • 2 keping all purpose pastry
    • 4 keping slice cheese
    • 1/2 tin tuna
    • sos cili secukupnya
    • mayonis secukupnya
    • segenggam sayur campur
    • 4 keping slice cheese
    Cara-cara:-
    1. Sapukan tuna ke atas pastry. Taburkan sayur campur. Carik-carikkan slice cheese dan tabur ke atasnya. Letakkan pula mayonis dan sos cili. Kemudian gulong.
    2. Sapukan permukaan roll dengan telur.
    3. Bakar dgn suhu 200 degree selama 20 minit atau sehingga perang

    Saturday, July 2, 2011

    Roti mayonis

    Lama tak tunjuk gambo roti. Ni roti buat utk dinner semalam. Try buh mayonis ganti dgn telur.. hasilnya tetap gebu dan lembut.


    Bahan-bahan:
    • 300g tepung roti
    • 110g air
    • 50g water roux
    • 50g mayonis
    • 45g gula
    • 45g marjerin/butter
    • 1 sudu kecil yis
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 2 sudu besar susu tepung
    Cara-cara:-
    1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON.
    2. Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
    3. Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik
    4. Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
    5. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit


      Friday, July 1, 2011

      Nasi Impit

      nasi impit dgn serunding ikan bilis

      Nasi Impit

      Bahan-bahan:
      • 1 cwn beras
      • 4 cwn air
      • sedikit garam
      Cara-cara:
      1. Cuci beras dan masak macam biasa sehingga nasi masak.
      2. Alaskan bekas dengan plastik wrap kemudian masukkan nasi sikit-sikit sambil ditekan bagi padat. -sy guna bekas tipuwere free yg dpt masa beli slice cheese jer..elok je muatnya dgn 1cwn beras.
      3. Biarkan nasi sejuk dulu sebelum dipotong.
       





        Latest Update .. ♥

        Related Posts with Thumbnails