Sunday, January 30, 2011

Chicken meatloaf burger

Ni entah bila punya burger daa..... Bila tengok gambo-gambo kat pc ni baru teringat lum tayang lagi burger yg agak spesel sket ni kat sini.. Ni cara-cara makan burger untuk menggomukkan badan.. keskeskes..


Ni resipi Chicken meatloaf burger


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 4 biji roti burger
  • 4 keping daging burger ayam/ daging
  • 4 keping chicken meatloaf
  • daun salad, tomato, hirisan bawang besar
  • sos cili, mayonis



Cara-cara

  1. Panaskan fry pan. Goreng daging burger hingga masak. Masa goreng daging ni ada org letak maggi seasoning tapi saya tak letak- tak suka dengan baunya.
  2. Kemudian goreng pula chicken meatloaf dengan minyak yang keluar dari daging burger tadi sehingga garing.
  3. Letakkan bahagian roti yang dipotong sekejap ke atas fry pan. Kemudian bolehlah isi roti burger dgn daging,meatloaf, salad, tomato, bwg, sos cili dan juga mayonis.. sedia utk dingap!!..

Resepi Bun Burger bijan hitam



Bahan-bahan:-
  • 200g air + 1 bj telur
  • 240g tepung berprotin tinggi ( tpg roti)
  • 60g tepung gandum
  • 20g marjerin/mentega
  • 30g gula kastor
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar bijan hitam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil bread softener
  • 1/2 sudu kecil bread improver

gliss - sedikit susu segar
topping- sedikit putih


Cara-cara :-
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker mengikut susunan dari atas ke bawah. Pilih setting doh. Ikut arahan pd BM masing-masing.
  2. Keluarkan doh dari BM. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 6 bahagian.
  3. Buat bentuk bulat. Biarkan naik 2 kali ganda.
  4. Sapukan permukaan roti dengan telur + susu. Taburkan sedikit bijan
  5. Bakar roti pada suhu 180 degree selama 10-11 minit.
  6. Keluarkan dan sejukkan.
  7. Kemudian bolehlah guna roti ni utk buat burger sama ada nak guna daging burger yg dah siap dijual atau yg dibuat sendiri.

Chewy Gooey Yummy Brownies

Memang chewy.. memang yummy sesuai sangat dgn namanya.. moist lagi tu. Tapi rasanya manis sket utk my anak tekak. Lain kali nak kurangkan lagi sukatan gulanya... Buat semalam hanya kurangkan 10g saja. Masih juga manisnya. Kena kurang kurangkan lagi lain kali.


Amik resipi ni dari mamazieza fotopages dan ni kopipes resipi dari sana.

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : KakMas

A
250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik

B
6 eggs
340g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco

C
80g tepung gandum } diayak
60g cocoa powder }
140g kacang walnut/pecan/ almond/macadamia (optional)-bakar dan gaul bersama tepong dan koko

brownies wif eskrem



1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas acuan ukuran 11”x11”
2. Double boil bahan A (butter dan chocolate) hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul bahan-bahan B (telur, gula, esen dan chocolate emulco) hingga gula hancur - guna hand whisk saja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul sebati.
5. Masukkan tepung dan digaul lagi hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7. Setelah masak, biarkan dalam acuan hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu saja atau dibubuh ganache, Boleh juga dimakan dengan icecream atau sos kastad

Friday, January 28, 2011

Pizza lagi

Errr.. ni pizza dinner semalam ye tuan-tuan dan puan-puan.. Dalam minggu ni dah 2 kali membakar pizza. Sebelum ni guna sos pizza tapi kali ni ganti sos pizza tu dengan sos tomato dan mayonis- ikut selera my family. Topping pula sosej + chicken meat loaf yang digoreng terlebih dahulu + mozarella cheese.

Pizza kali ni telah memenuhi selera dorang. Abih sebiji pizza yg besar ni dimkn semalam. Memang puashati walaupun diriku hanya makan sepotong saja. Tu pun kongsi dengan dak kecik. Tapikan lepas makan pizza tu.. dorang tanya... " Errrr ngapa tak letak sayur??? " . Oohoho.. lupalah pula nak letak tomato.. Next time kena letak tomato pulak.. tapi kena rehat jap dulu dari buat pizza sebelum my family muak nengonya..


Resipinya doh pizza masih guna resipi doh sebelum ni. Cuma ganti minyak dengan lemak sayur/ shortening

"before and after...."

Bahan-bahan:-

  • 2 cawan/500ml tepung berprotein tinggi( tepung roti)
  • 160-170ml air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar lemak sayur
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil bread softener
  • 1/2 sudu kecil bread improver
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bhn ke dalam mangkuk adunan. Uli sehingga tak melekat ditangan. Buat bentuk bulat.
  2. Sapukan mangkuk dgn sedikit minyak. Kemudian masukkan doh pizza tadi. Tutup mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan doh naik dua kali saiznya.
  3. Ambik doh tadi. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Buat bentuk bulat. Rehatkan sekejap dalam 5-10 minit.
  4. Ambik doh dan canaikan sedikit. Kemudian tebar macam buat roti canai. Jgn canai lama-lama nanti roti pizza jadi keras. Tekan-tekan pada bahagian tepinya. Biarkan naik sekejap dalam 5-10 minit. Kemudian bolehlah letak topping ikut suka hati.
  5. Bakar pizza dengan suhu 190 degree selama 15 minit. Atau sehingga masak.


    Apam gula merah

    Apdet blog sambil kunyah apam... sape nak join meh la.. air teh pun ada lagi ni. Resipi apam che'iza ni memang dah meletop kat internet ni.. mmg sedap dan senang nak buatnya. Resipi asal guna gula melaka tapi disebabkan kali ni buat apam guna gula merah so bagilah nama dia APAM GULA MERAH. Sebelum ni dah banyak kali buat guna gula melaka. Kali ni try guna gula merah pulak.. dapat idea dari si HANA japon nun.. Terima kasih ye Hana and terima kasih juga buat che'iza


    Bahan-bahan ( satu family )
    • * 1 cwn air
    • * 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
    • * sehelai daun pandan
    • 2 cwn tepung
    • 1 sk dry yeast
    • 3/4 cwn air
    • 3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
    • secubit garam

    Cara-cara
    1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
    2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
    3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
    4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
    5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
    6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

    Source : Che'iza

    Thursday, January 27, 2011

    Never Fail Chocolate Chip Cookies

    Takdan nak celoteh panjang-panjang. Banyak kerja nak kena settle sebelum dak kecik bangun. Ambik peluang apdet blog jap sementara dia masih nyenyak tido. Pada sape2 yang tinggalkan komen tu harap maaf.. tak sempat lagi nak balas.. dan terima kasih banyak2 diucapkan.


    Chocolate chips cookies ni amik resipi dari allrecipes.com tapi ubahsuai sikit sukatan baking powder dgn baking sodanya.

    Ingredients
    • 150 g white sugar
    • 165 g packed brown sugar
    • 2 eggs
    • 5 ml vanilla extract
    • 225 g butter
    • 310 g all-purpose flour
    • 6 g salt
    • 5 g baking soda ( sy letak 5g baking powder)
    • 2 g baking powder ( sy letak 2g baking soda)
    • 335 g semisweet chocolate chips  


    Directions

    1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
    2. In medium bowl, combine flour, salt, baking soda, and baking powder. Stir with fork so all ingredients are mixed.
    3. In large bowl, combine sugars, and butter. Mix until smooth. Add eggs and vanilla and beat until smooth and fluffy.
    4. Add 1 cup of dry ingredients at a time to mixture until all is incorporated. Drop cookies onto ungreased cookie sheet and bake for about 10-15 minutes or until edges are golden brown.

    Udang goreng oat

    Resipi dari jiya

    • Udang (dibersihkan dan dibuang kulit)
    • Putih telur
    • Tepung jagung
    • Oat
    • Garam
    • Minyak bijan
    • Minyak masak

    Cara-cara

    1. Udang diperap sekejab dengan minyak bijan dan garam.
    2. Celup udang ke dalam putih telur dan salut dengan tepung jagung.
    3. kemudian celup semula udang tadi ke dalam putih telur dan golek²kan udang ke atas oat.
    4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan/garing.

    Tuesday, January 25, 2011

    Acar buah

    Akhirnya berjaya juga buat acar buah sendiri yang menepati citarasa my family. Selalu duk makan kat tempat kenduri jer tak pun beli yang dah siap. Ada yg sedap dan ada yg kureng sket rasanya.

    Resepi acar buah ni telah diubahsuai dari resipi kak Hanieliza. Oleh kerna my asben and i suka acar buah yang rasanya bersahaja.. takde rasa rempah ratus.. so i skip rempah kari ikan. 


    ACAR BUAH

    Bahan
    • 500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
    • sedikit cili api jeruk [jika suka]
    • belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
    • jeruk limau

    Bahan Mesin Halus
    • 500 gm bawang kecil
    • 10 ulas bawang putih
    • 10 cm halia
    • 100 gm cili kering
    • 3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]( skip)

    • 500 gm minyak
    • 500 gm gula pasir
    • 1 botol kecil cuka
    • 1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]

    Cara:
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
    2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
    3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
    4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
    5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.

    Source : Hanieliza

    Monday, January 24, 2011

    Sosej Pizza

    Pizza ni tak sempat nak possing cantik-cantik depan kamera sebab dak kecik dah dok menunggu sambil pegang pinggannya..


    Ni resipi doh pizza yang menjadi kegemaran my famili. Topping tu main campak macam-macam ikut apa yang ada.

    Bahan-bahan:-
    • 2 cawan/500ml tepung berprotein tinggi( tepung roti)
    • 160-170ml air
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 2 sudu besar gula
    • 2 sudu besar minyak masak
    • 1 sudu kecil dry yeast
    • 1/2 sudu kecil bread softener
    • 1/2 sudu kecil bread improver
    Cara-cara:

    1. Masukkan semua bhn ke dalam mangkuk adunan. Uli sehingga tak melekat ditangan. Buat bentuk bulat.
    2. Sapukan mangkuk dgn sedikit minyak. Kemudian masukkan doh pizza tadi. Tutup mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan doh naik dua kali saiznya.
    3. Ambik doh tadi. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Buat bentuk bulat. Rehatkan sekejap dalam 5-10 minit.
    4. Ambik doh dan canaikan sedikit. Kemudian tebar macam buat roti canai. Jgn canai lama-lama nanti roti pizza jadi keras. Tekan-tekan pada bahagian tepinya. Biarkan naik sekejap dalam 5-10 minit. Kemudian bolehlah letak topping ikut suka hati.
    5. Bakar pizza dengan suhu 190 degree selama 15 minit. Atau sehingga masak.

    Untuk sos pizza kali ni try ikut cara Kak Nis/NisaMPB yg dikongsi dimyresipi.com . Sedap bangat. Rasa cam sos pizza ala2 yg pizza hut gitu. Tapi my asben lebih suka hanya letak sos tamato dengan mayonis je sebagai sos pizza.. ehehe kalo gitu lagi sonang den. Tak payah susah-susah buat sos cenggini.



    Bahan-bahan ( 10 piza sederhana )

    • 1/2 labu bawang besar, dicincang lumat
    • 2 tbsp bawang putih cincang
    • 1 cawan tomato cincang, buang empulurnya
    • 8oz sos tomato
    • 6oz tomato paste
    • garam
    • herba oregano
    • lada hitam
    • 2 tbsp minyak
    • Sedikit air

    Cara-cara

    1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis segala macam bawang yang tertera hingga wangi.
    2. Masukkan semua jenis tomato, herba oregano, garam & lada hitam. Gaul rata, boleh tambahkan air jika terlalu kering.
    3. Biarkan sejuk seketika sebelum dioleskan keatas piza. Selamat mencuba.

    Saturday, January 22, 2011

    Getuk ubi kayu

    My getuk ubi kayu.... HELPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!... mengapa dia  jadi "tersenyum" selepas digoreng. Time dia duk berenang kat dlm minyak panas tu dia dah mula tersenyum jer..  Nak kata terlalu lama goreng, tak juga.. Tepung tak sempat nak garing pun lg dia dah mula tersengih. Ni pertime belajar  buat getuk.. bahan-bahannya ain campak2 je.. ubi kayu, kelapa parut dan sedikit gula.. pehtu batter dia tu wat macam goreng pisang...

    Before




    After

    Wednesday, January 19, 2011

    Roti Pintal Bergula

    Lepas penat angkut award.. meh kita bekfes sama-sama makan roti pintal bergula pulak. Dua ketui ni untuk Nieza yang tengah kemarut meroti tu.. keskeskes....


    Roti pintal bergula ni guna resipi yang dah banyak kali digunakan dan ditempek kat sini..

    BASIC DOUGH (Kak Nor style)

    * 380gm tepung high protein (tpg roti)
    * 3 sudu besar susu tepung
    * 80gm gula castor
    * 3 sudu kecil yis segera
    * 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
    * 100ml air
    * 100gm water roux
    * 1/2 sudu kecil garam
    * 30gm butter
    * 30gm shortening


    Cara-cara

    1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
    2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
    3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
    4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
    5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
    6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
    7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
    8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

    #kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

    ** my style :-
    1. utk water roux tu.. 2 sudu besar tepung campur dengan air biar jumlah kedua-duanya jadi 100g. Kemudian masuk dlm microwave. Panas selama 15 saat. Bawa keluar dan kacau. Pehtu masuk semula ke dlm microwave.. panaskan lagi selama 15 saat. Bawa keluar dan kacau... siap.
    2. Semua bhn2 saya masuk terus ke dlm breadmaker. Bahan-bahan yang cair dulu dan diikuti dengan bahan-bahan kering.



    Award dari Hani

    Hari ni pepagi lagi bawa keter sorong pi angkut award kat umah Hani. Buka blog mlm tadi, nampak hani suh pi angkut award kat umah dia. Oleh kerna dah larut malam, terpaksalah tangguh dulu.. takut pula nanti tak pasal2 semua orang terjaga dari tido akibat bunyi kereta sorongku yang ala-ala bunyi jentera korek tanah tu..

    Uhuhuhu.. terharu ni dpt award creative blogger... tapikan.. tapikan rasa-rasanya orang yg cipta award ni lagiiiiiiiii kreatip... ;-).. Apapun terima kasihlah pd hani..






    :: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

    PENCIL
    yang besarMenunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

    FILEM
    bergerak tanpa henti Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

    LOGO
    bulat berkelip-kelip jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

    Untuk maklum balas penerima AWARD ini, ikhlaskan hati untuk membuat entri/posting berkenaan AWARD ini dengan kreatif dan penuh estatik beserta FOWARD kepada 5 orang yang betul - betul layak menerima AWARD ini. anda juga boleh meletakkan AWARD ini di side bar atau dimana - mana yang bersesuaian. tinggalkan comment untuk ucapan manis anda. (minta maap x dan nak buat yg ini.. , x sempat lagi ni nak jln2 tinjau blog org lain yg blm terima lg award ni.. kalo main bg je cam tak best pulak... mana tau ada yg dah dpt award ni dr org lain.. nantikan tak pasal-pasal makcik kena baling dgn selipar jepun pulak kan..  )

    Tuesday, January 18, 2011

    Hot dog bread

    Uih lamo makcik dok tayang kerabu ikan tongkol. 2-3 hari ni sibuk sungguh.. ada je benda nak dibuatnya. Malam ni wpun tak berapa free makcik tukor ler pulak dengan gambo roti. Roti ni utk dinner malam tadi. Macam biasa at least seminggu sekali ada menu roti for our dinner.


    Hot dog bread ni kami makan tak buh sosej pun. Cuma letak daun salad, tomato, bawang besar, chicken meat loaf yg digoreng garing dan thousand island. Tu je.. sodapp... Alhamdulillah... konyang..


    Resipi ni pernah dikongsi dulu di myresipi.com. Macam biasa nak tempek semula kat sini.


    Bahan-bahan ( 6 biji )

    • 160ml air
    • 250g tepung roti
    • 14g(1 1/2 sudu besar) gula
    • 4g(1/2 sudu kecil) garam
    • 8g(1 sudu besar) lemak sayur
    • 2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
    • 16g(3 sudu besar) susu tepung

    Cara-cara

    1. Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap
    2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
    3. Buatlah bentuk panjang lebih kurang 13 cm
    4. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
    5. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.


    Thursday, January 13, 2011

    Kerabu Ikan Tongkol

    Tadi takde idea nak masak apa.. so belek punya belek trylah resipi kerabu ikan tongkol di myresipi.com. Perghhh.. memang sodap.. Makan kerabu ni dgn nasi panas-panas pun dah cukup.


    Ni kopipes resipi dr myresipi.com oleh watierman

    Bahan-bahan ( Untuk 3-4 orang satu hidangan )

    • 1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
    • 2 labu bawang besar
    • 2 biji cili merah
    • 5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
    • sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
    • secubit garam ikut selera anda
    • air perahan limau kasturi/ limau nipis
    • sedikit gula ( ni sy tambah)

    Cara-cara

    1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
    2. lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
    3. Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
    4. Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawangbesar, cili merah dan cili api
    5. Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
    6. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
    7. gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah! 

      Chicken burger

      Our dinner menu for last night. At least seminggu sekali mesti ada menu roti untuk dinner. Baru laju my kids makan.. terutama si anak dara yang tak berapa suka makan nasi. Tapi untuk anak dara dia takmo letak daging.. cukup sekadar salad, hirisan bawang besar, tomato dan thousand island sahaja.

      "one for you"

      "one for me !"

      Resipi roti burgernya :-

      hot from my oben


      Bahan-bahan:-
      • 200g susu segar + 1 bj telur
      • 240g tepung berprotin tinggi ( tpg roti)
      • 60g tepung gandum
      • 20g marjerin/mentega
      • 30g gula kastor
      • 1/2 sudu kecil garam
      • 1 sudu kecil dry yeast
      • 1/2 sudu kecil bread softener
      • 1/2 sudu kecil bread improver
      • ** gliss - 1/2 biji telur + 1 sudu besar susu segar/air
      • ** topping- sedikit bijan hitam/putih
        
      Cara-cara :-
      1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker mengikut susunan dari atas ke bawah. Pilih setting doh. Ikut arahan pd BM masing-masing.
      2. Keluarkan doh dari BM. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 8 bahagian.
      3. Buat bentuk bulat. Biarkan naik 2 kali ganda.
      4. Sapukan permukaan roti dengan telur + susu. Taburkan sedikit bijan
      5. Bakar roti pada suhu 180 degree selama 10-11 minit.
      6. Keluarkan dan sejukkan.
      7. Kemudian bolehlah guna roti ni utk buat burger sama ada nak guna daging burger yg dah siap dijual atau yg dibuat sendiri.
      Roti burger yang tak abis tu boleh disimpan utk bekfes.. Boleh buat roti sardin. Seperti dlm gambo ni. Ni idea dari blog K.Nor ganu . Tak tahu dah berapa kali buat roti sardin macam ni. Siap ngajo MIL lagi.. Dia pun suka roti sardin cenggini. Berbanyak terima kasih buat K.Nor yng berkongsi idea ni.

      utk bekfes pagi tadi

      Wednesday, January 12, 2011

      Kek Batik

      Nampak HaSue buat, terus masuk dlm list. Weekend lepas pi shopping terus beli bahan-bahannya. Dah lama tak buat kek batik ni. Sebelum ni guna resipi lain.. kali ni try resipi ni pulak..


      Resepi asal dari bakewithmilla myresipi.com

      Bahan-bahan ( 1 kg )
      • 200gm millo
      • 250gm butter
      • 3 sudu makan serbuk koko
      • 1 tin kecil susu pekat manis
      • biskut meri secukupnya

      Cara-cara

      1. cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali... 
      2. setelah cair masukkan susu,millo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur masukkan milo dan seterusnya koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg.... 
      3. setelah pekat susun biskut meri lapis ngan coklat selapis demi selapis sehingga habis...siap...dan biarkan semalaman.... 
      4. potong dan siap dhidangkan...kalau ndak cepat keras masukkan dalam aisbox dan bila keras potong dan hidangkan... 
      ** Note : Rasa macam termanis sketlah utk my anak tekak. Lain kali try buh 3/4 tin susu pekat pulak.. 

        My tanaman

        Sebahagian pokok-pokok yang berada di belakang rumah.

        bendi


        pokok jambu yang sentiasa berbuah


        pokok kedondong
        wpun baru ketinggian paras lutut, sentiasa berbuah.

        tanaman di tepi pagar.. 
        sampai jemu memakannya.

        pokok bunga nasi kerabu( nama lain xtahu ler)
        ni pun tanam juga.. senang bila nak buat nasi kerabu kaler biru

        my pokok mint.. sedap ni buh dlm laksa penang


        Ikan Bawang Putih

        Inilah masakan hasil ngendap "rumah kak Ayu S'pore' semalam. Memang sedap sangat. Boleh buat lagi dan lagi cuma kena kurangkan cili padi. Semalam hanya guna 10 biji cili padi + 3 biji cili merah. Berasap rasa telinga. Kesiah budak-budak nak makan. Walaupun pedas dorang tetap juga makan.. katanya SEDAP..




        Ingredients:-
        • 1 ekor ikan tilapia ( Saya guna ikan bawal)

        Ingredients Untuk Sos:-
        • Minyak untuk menumis
        • 5 cili merah dihiris asar- Ayu gunakan 1 aje -sama dgn kak Ayu.
        • 2 sudu besar bawang putih kisar
        • 20 ulas cili padi dikisar kasar ( sy kisar 10 biji cili padi + 3 biji cili merah)
        • segenggam daun selasih-(Ayu tak letak sebab tak ada)
        • 2 helai daun limau perut
        • 1 cawan air jarang
        • sedikit kicap hitam
        • sedikit sos ikan Thai
        • gula secukup rasa
        • 1 sudu besar jus limau nipis ( tambah sendiri bg ada rasa masam2 sket)

        Method:-Besihkan ikan, kemudian bilas dengan air garam dan lumurkan dengan sedikit tepung jagung (Ayu lumurkan dengan sedikit garam, sy guna tepung serbaguna) dan goreng hingga garing dengan minyak yang secukupnya. Kemudian angkat ikan dan letakkan dalam pinggan panjang yang dalam sedikit untuk disiram dengan sosnya.

        Method Untuk sos:-
        Tumis bawang putih hingga layu, masukkan cili padi, air kicap hitam, sos ikan, gula, daun selasih dan daun limau perut. Biarkan ia mendidih, Masukkan cili merah. Sos ini rasanya mestilah pedas, manis, lemak dan sedap. Matikan api. Curahkan sos ini diatas ikan yang siap digoreng tadi. Hidangkan dengan nasi ayam.
        Sources:-From Sakina Oylao Abdullah@Resipi Pesta Perut / Kak Ayu

        Tuesday, January 11, 2011

        Poppy Seeds Mixed Peel Bread

        Konon buat roti ni untuk makan dengan kari ayam. Tapi bila diletak sikit mixed peel sedap pulak dimakan begitu saja.


        Bahan-bahan:-
        • 270g tepung roti
        • 1/2 biji telur (25-30g)
        •  140g air
        • 50g madu
        • 1 sudu besar susu tepung
        • 1/2 sudu kecil garam
        • 30g marjerin
        • 1 sudu kecil dry yeast
        • 2 sudu kecil poppy seeds
        • 2 sudu besar mixed peel
        • 1/2 sudu kecil bread improver(optional)
        • 1/2 sudu kecil bread softener(optional)
        Cara-cara:
        1. Masukkan semua bhn ke dalam breadmaker. Pilih setting doh. Ikut arahan pada breadmaker masing-masing.
        2. Keluarkan doh. Tumbu-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Buat bentuk bulat.
        3. Sapukan loaf pan dengan marjerin. Masukkan doh tadi. Biarkan naik 2 kali ganda.
        4. Panaskan oven sehingga suhu 190 degree. Sapukan permukaan roti dengan telur lebihan tadi yg dicampurkan dgn 1 sudu besar susu segar ataupun air.
        5. Bakar roti selama 25 minit atau sehingga perang.

        Monday, January 10, 2011

        Arrowhead chips

        Chips yang hanya boleh dibuat sekali setahun je ni.. Time CNY je ada jual arrowhead. Sape yg tak kenal apa itu arrowhead boleh tanya "pakcik google" . Semua arrohead yg makcik beli dah dijadikan chips.. takde tinggal seketul pun utk diambil gambo.


        Bahan-bahan:-
        • Arrowhead
        • minyak
        • sedikit garam



        Cara-cara:
        • Basuh dan kupas kulit arrowhead. Sagat nipis-nipis.
        • Panaskan minyak yg byk dlm kuali. Masukkan sedikit garam.
        • Goreng arrowhead hingga perang.
        • Sejukkan- kemudian boleh disimpan dlm bekas kedap udara.

        Saturday, January 8, 2011

        Roti marble coklat


        Roti mable coklatku yg tak menjadi. Sepatutnya bahagian coklat tu hanya membentuk line halus sahaja. Tapi rasanya sedap sangat. My partner kata lagi sedap dari roti yg letak inti coklat kat dalamnya. Next time kena buat lagi sampai betul-betul menjadi.

        Friday, January 7, 2011

        Cucur Tauhu dan Cendawan

        Tapi ini vers cucur tauhu tanpa cendawan. Resipi amik dari belakang botol serbuk pati ayam knorr.


        Bahan-bahan:
        • 2 sudu kecil pati ayam knorr
        • 4 keping tauhu putih dilenyek
        • 1 biji telur dipukul
        • 1/4 sudu kecil garam
        • 1/4 sudu kecil lada putih
        • 3 sudu besar tepung jagung
        • 5 ulas bawang kecil dihiris
        • 100g cendawan butang dihiris ( xbuh pong.. xde stok)
        • 1/2 btg lobak merah dihiris halus
        • 5 batang kucai dipotong sepanjang 2cm. ( ganti dgn daun bwg + sup)
        Cara-cara:
        1. Masukkan tauhu, telur, serbuk pati ayam dan bahan-bahan perasa di dlm mangkuk
        2. Masukkan tepung jagung dan gaul rata
        3. masukkan bwg kecil, cendawan butang, lobak merah dan kucai. 
        4. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana besar. Goreng campuran sebesar 1 sudu kecil sehingga perang keemasan. Tos dan hidangkan dengan sos cili..
        Sebut pasal tauhu ni lupa makcik nak jwb pertanyaan hana kat cbox sebelah tu..

        hana: rindu tak kak ngan tauhu n tofu jepong? sedap kan kan kan... hihihi...
        uih hana mmg windu bangat.. tauhu kat sana paling best setakat yg pernah dimkn. Susah nak cari yg sama cam kat sana. Teringat pulak jaman awal2 pi jepong dulu tu.. masa tu xde lagi myr.. so akak kongsi satu resipi yg guna tofu ni kat salah satu forum kat net.. resepi AIR LAICI DGN TAUHU. Tauhu yg kat sana yg putih lembut tu kan sedap.. potong kecik-kecik, pehtu campur dgn air laici dgn buahnya sekali. Buh pulak ais.. minum pulak time panaskan best.. Rasa tauhu tu macam taufufa yg belum diletak air gula lagi tu..

        Pehtukan adalah sorang kakak ni yg tertarik dgn resipi tu.. terus dia cuba. Ahakkk apa hasilnya.. marah dia sbb katanya tak sedap langsung. Bau tauhu yg dia guna tu semacam je.. terpaksa dia buang air laicinya tu.. hahaha kesian dia.. Baru akak tahu yg rasa tauhu tu tak sama rupanya dgn yg akak guna kat jepong tu.

        Pulut Pagi

        Ni pong pulut pagi yg dah basi. Buat time skool cuti arihtu lagi. Time skool cuti tak dan nak buh entry kat sini, pc kena konker kat anak-anak ja. La ni skool dah start so bolehlah kerap dok dpn pc.. takde gangguan melainkan gangguan dak kecik yg tak sekolah lagi tu.


        Bahan-bahan:-
        • 3 cawan beras pulut
        • 3 cawan air
        • 2-3 keping nisan
        • kelapa parut secukupnya
        • sedikit garam
        • 1 helai daun pandan
        Cara-cara:
        1. Basuh beras pulut. Tanak macam masak nasi biasa. Kalau nak senang boleh juga guna microwave.
        2. Dalam kuali, masukkan nisan, daun pandan dan 1/2 cwn air. Masak sehingga nisan cair.
        3. Masukkan pulut yg telah masak ke dalam kuali tadi. Kacau sehingga agak kering.
        4. Ambik sedikit pulut, kepal biar jadi bentuk bulat dan leper. Gaulkan dengan kelapa yg tgelah dicampur dgn garam.
        5. Siap utk dihidangkan.
        guna acuan onigiri..

        Thursday, January 6, 2011

        Chicken Focaccia Sandwiches

        Our dinner tonight.. Chicken Focaccia Sandwiches. Dah lama tak buat roti ni. Focaccia ni sejenis roti itali.. dohnya sama macam pizza juga. Cuma topping tu tak semestinya letak cheese mcm pizza. Kat bahagian atas roti tu cukup sekadar sapu dgn olive oil dan tabur sea salt. Nak lagi sedap boleh tambah fresh italian herbs mcm oregano, rosemarry atau letak sundried tomatoes, olive, etc.

        Oleh kerana makcik takde stok olive oil so ganti jerlah dgn corn oil.. ngeh ngeh ngeh.. jadi ler roti focaccia versi melayu.


        Ni resipi amik dari myresipi.com. Pastu saya ikut petua dr Skyblue

        Bahan-bahan ( 1 biji 35x 25cm )
        • 250g tepung roti
        • 1 sudu kecil dry yeast
        • 1/2 sudu kecil garam
        • 1/4 sudu kecil gula
        • 150ml air suam
        • 25ml olive oil
        • ******
        • tepung
        • olive oil
        • garam

        Cara-cara

        1. Masukkan semua bahan-bahan yg di atas sehingga ke olive oil. Uli macam uli roti biasa.
        2. Penaikkan dua kali ganda. Bila dah siap, keluarkan angin.
        3. Canai di biar jadi 25x35cm lebar. Cucukkan dengan garfu. Penaik lagi sehingga 2 kali ganda. - Semasa mencanai tu, letak sedikit tepung di atas papan pencanai supaya tak melekat.
        4. Sebelum bakar sapukan dengan olive oil dan tabukankan sedikit garam ke atasnya.
        5. Bakar dengan suhu 250C selama 10-15 minit.

        Ni copy paste petua dari skyblue yg di tulis kat komen my focaccia recipe

        yani, hari ni i buat roti ni dgn cara yg lain. You can try if you want... Lepas canai, simpan doh kat dlm oven, kat tray bawah letak 1 manguk besar air panas. Biar naik selama 20minit lepas tu terus on kan oven dan bakar selama 20minit. Keluarkan air, bakar 5 minit lagi. Roti tu jadi gebu n lembut... sedaplah.

        Kalo nak buat chicken sandwich tu pula senang je.. beli je chicken sandwich jenama ayam mas tu. Balik goreng kat rumah.. then potong focaccia ikut suka hati besar mana. Belah tengah. Then buhlah daun salad, timun, tomato, sos, mayonis dan tak lupa juga chicken sandwich yg digoreng tadi.

        Chocolate Choclairs Muffin

        Edisi nak perabih stok choclairs yg beli akhir tahun 2009 lagi... bulan dec or oct lupalah. Fuhh punyalah lama nak perabih choclairs ni, sib baik tak expired lagi.


        Bahan-bahan:
        • 200gm tepung naik sendiri
        • 20gm serbuk koko
        • 2 biji telur
        • 45gm gula perang
        • 45gm gula kastor
        • 100gm mentega
        • 100ml susu segar
        • 50gm chocolate chips
        • 10-15 biji choclairs ( sebiji potong 4)

        Cara-cara:
        1. Ayak tepung dengan serbuk koko. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree.
        2. Pukul gula dengan mentega sehingga lembut. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul lagi 2-3 minit.
        3. Kemudian masukkan 1/3 tepung yg dah diayak tadi. Kacau. Masuk pula 1/2 susu segar - kacau lagi. Ulang lagi dgn masukkan tepung kmdn susu. Akhir sekali tepung.
        4. Masukkan pula chocolate chips dan choclairs. Kacau rata.
        5. Sudipkan adunan ke dlm muffin cups. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.

        Latest Update .. ♥

        Related Posts with Thumbnails